INSAN yang berjiwa hamba, perlu mempunyai dua mata di wajahnya, untuk memandang seluruh urusan DUNIAnya...DAN mempunyai lebih dari dua mata di hati, agar cukup untuk melihat seluruh perkara AKHIRATnya.....Seluruh jiwa, hati dan tenagaku menghadapmu YA ALLAH, Memohon keampunan...mendoakan kepada diriku dan kepada semua....bahawa..sedarlah semakin hari semakin meningkat usia kita, ini bermakna semakin dekat diri kita dengan ALAM BARZAKH..masih ingatkah apa yg akan di soal? Dan adakah kita mampu menjawab soalan-soalan yang akan diajukan oleh malaikat Mungkar dan Nakir?? Ataupun kita akan berteriakkan sendirian terkenapanahan seksa yang amat dan teramat perit?? muhasabah diri.....Ya Allah, Ya Rabbi.....ampunilah dosa- dosa kami, dosa- dosa kedua ibubapa kami dan jadikanlah kami dari hambamu yang soleh dan solehah...aminnnnn

JANGAN BERSEDIH

Monday, January 3, 2011

Istighfar bantu umat Islam sucikan hati, dibuka pintu rezeki

Apabila berdepan masalah hidup, fikiran dan perasaan menjadi resah dan bercelaru. Namun Allah memberikan orang mukmin pelbagai jalan bagi menangani apa saja permasalahan hidup di dunia ini.Satu daripadanya, amalan istighfar untuk memohon keampunan Allah sebanyak yang boleh setiap hari sebagai ibadah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud,: Barangsiapa memperbanyakkan istghfar, Allah melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak diketahui."(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Inilah perkabaran gembira buat mukmin yang selalu melazimkan istighfar dalam kehidupannya. Dalam satu riwayat, Ar-Rabi' bin Sobih berkata kepada Imam Al Hasan: "Kaum lelaki datang kepadamu dengan mengadu mengenai pelbagai masalah, untuk mereka semua, kamu menyuruh beristighfar." lalu kata Al-hasan."Aku tidak berkata apa apapun daripada pendapatku sendiri, bahkan sesungguhnya Allah mengatakan dalam surah Nuh, hendaklah kamu memohon ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia akan menghantar kepada kamu hujan dengan lebat. Dan memperbanyakkan harta dan anak dan mengadakan untukmu kebun- kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai." (Surah Nuh, ayat 10-12)
Begitulah kedudukan istighfar sebagai mekanisme menghadapi pancaroba hidup. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan seandainya Allah membantu kita, begitulah sebaliknya, tiada apa boleh dilakukan tanpa pertolongan Allah. Kita seharusnya mengambil iktibar pengajaran kisah Nabi Nuh seperti diceritakan dalam al-Quran ketika Baginda menasihatkan kaumnya memperbanyakkan istighfar kepada Allah supaya segala dosa mereka diampunkan dan Allah memberi limpah kurnia hujan dan menumbuhkan rezeki kepada mereka.
Firman Allah bermaksud." Dan (Dia) berkata, wahai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang sangat deras atas kamu dan Dia kan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." (Surah Nuh, ayat 52)
Nyata taubat dan istighfar adalah penyelesaian masalah hidup. Oleh itu, dalam kehidupan serba moden hari ini, amalan taubat dan istighfar mestilah tidak dicuaikan, sebaliknya dijadikan amalan harian khususnya selepas wajib mahupun sunat.
Al-Imam Al-Qurthuby mengatakan, taubat dan istighfar seseorang mukmin itu akan diluaskan pinyu rezekinya serta mampu menikmati kehidupan dengan tenteram dan bahagia.
Kita menghadapi masalah mungkin disebabkan maksiat dan dosa yang kita lakukan, zahir ataupun batin.
Dengan tompokan dosa itulah yang menjadi penghalang terbukanya pintu rahmat dan rezeki dari Allah.
Hal itu pernah disuarakan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: "Sesungguhnya seorang hamba itu diharamkan rezeki untuknya disebabkan dosa yang dilakukannya." ( Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim)
Sebagai hamba Allah, kita tidak harus lalai daripada bertaubat dan istighfar kerana tiada seorang manusia yang tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Untuk melepaskan diri daripada belenggu dosa dilakukan secara sedar atau tidak, ialah dengan memperbanyakkan taubat dan istighfar kepada Allah.
Janganlah menganggap diri kebal atau bersih dosa lantaran sentiasa menuruti apa saja perintah Allah kerana kita mungkin dijangkiti penyakit hati dan dosa maksiat hati juga akan manjadi penyebab timbulnya pelbagai dugaan hidup.

Monday, May 17, 2010

Siapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat

"Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada pada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNGKAR DAN NANGKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.


KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu: Menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (PENJAGA SYURGA)
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sumber: Mutiara Hati

Saturday, April 17, 2010

Solat Dhuha, Doa & Cara melaksanakannya

Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

BERSAMA KESUSAHAN ADA KESENANGAN

ALLAH MAHA PENGAMPUN

HARI INI MILIK ANDA

PETANDA AKHIR ZAMAN

KISAH NYATA- AZAB KUBUR

KUASA ALLAH

INDAHNYA PENDERITAAN

JIKA AKU JATUH HATI

Mutiara Jiwa

Ilmu itu hanyalah suatu panduan. Yang menyemarakkan ilmu itu adalah yang mengamalkannya. Ilmu yang dibaca dan di ajar SAHAJA tidak bermanfaat andai ia TIDAK DI AMALKAN

Pintu syurga terbuka luas kepada mana- mana wanita yang menjaga solatnya, puasanya dan taatnya kepada suami dengan penuh rasa cinta kasih dan sayang

Pahala jihad boleh diperolehi oleh seseorang isteri degan melayan baik dan penuh kasih sayang terhadap suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih dan lesu

Mereka yang malu untuk memohon kepada Allah selalu adalah di antara yang tertipu dengan muslihat syaitan dan itu adalah bibit-bibit kufur

Yakini kamu dengan hati mu, kerjakan ibadat pd waktunya, basahkan lidah dengan zikrullah dan menasihati sesama manusia dengan kebaikan, itulah titik mula sebagai insan

Kata-kata orang alim, barang siapa mengamalkan memakan buah tamar/kurma setiap hari walaupun sebiji, nescaya dia tidak akan berasa lapar

Al-Quran itu adalah panduan hidup. Andai kita menghadapi kemusykilan, rujuklah kepadaNya dengan penuh harap walau hanya merenung huruf-hurufnya sahaja.

Bajai iman dengan mujahadah kehidupan, didik nafsu dengan berpuasa, asah fikiran dengan fikir mati, bentuk peribadi dengan solat dan bina kalam dengan bertasbih.
Berfikir mati itu adalah berfikir bagi menyediakan diri untuk kembali kepadaNya dengan susunan kehidupan yang sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

Beramal dengan sedikit dengan istiqanah (tetap) itu adalah lebih baik daripada beramal yang banyak tetapi sekali sekala bila ada masa terluang sahaja.
Ilmu (wahyu) itu datangnya dari langit (malaikat Jibril), pengetahuan datangnya dari pembacaan dan kuliah, ilhampula dari pengamatan renungan dan pengalaman.

Jangan sesali dengan pengalaman pahit di dalam kehidupan kerana ia adalah satu ilmu, wadah dan panduan di dalam perjalanan untuk mendapat keredhaan Allah SWT

Seorang wanita solehah adalah lebih baik drp 70 org lelaki soleh. Wanita yg jahat adalah lebih keji drp 1000yang keji

Jgn diri merasa rugi bila berbelanja demi utk mencari keredhaan ilahi. Bermula wadah ilmu itulah adalah dgn fikir yg penuh dgn penghayatan dan bersedekah.

Berkat makan itu dimulakan dengan 3 jari selepas doa makan di baca. Minumlah air setelah 40 tapak melangkah selepas makan, agar sempurna hazamnya.
Jangan sekali-kali menyulam air minum semasa makan kerana ia boleh melemahkan akal dan fikiran(fikiran tumpul)

Kasih sayang di antara suami isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaan khianat terhadap keduanya

Bala Allah akan datang kepada mereka yang berbuat mungkar juga kepada mereka yang kononnya alim, tetapi tiada berbuat apa-apa terhadap kemungkaran itu.
Tidak ada yang lebih baik bagi seorang lelaki di akhirat kelak selain dari mampu menyelamatkan ibu bapa, anak-anak dan isteri-isterinya dari api neraka

Kata orang arifbillah, pastikan amalan wajib tidak ditinggalkan sebelum mengejar amalan yang sunat( jgn jadikan amalan itu ibarat badan tidak berkepala

Kesusahan hidup di dunia ini berpunca dari diri sendiri kerana tidak mahu menerima perjalanan yang hakiki dan sebaliknya mengikut jejak kafir di dalam mencari bukti.
Berfikirkah dengan berzikir; berzikir perlu disusuli amal; beramalah dengan sifat zuhud; zuhud akan melahirkansifat redha.

Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan. Andai kaya, lihatlah kpd yang miskin, andai miskin lihat kpd yangpapa. Andai papa, lihatlah kpd yg cacat dan seterusnya.

Uzlahkan diri dari kesibukan dunia, kelukan lidah dengan perbanyakkan tasbih, matikan hati dari baranganbarangan tentang dunia (hayati Al-Quran) dan matikan jasad dengan bnyak zikrullah

WORLD'S BEST QURAN RECITATION

KEAJAIBAN AZAN

MENTARI HIDUP

ANUGERAH DARI KEGAGALAN